LAGU RASMI OPS IHSAN
Komposer : Ikhwan Fatanna & Amir Masdi
Lirik : Fedtri Yahya
Susunan Muzik : Amy Bong
Suara Latar : Amir Masdi, Ikhwan Fatanna
Studio : Rekaman Studio
Mixing & Mastering : Wan Saleh
Ihsan - Amir Masdi
[Verse]
Siapa kita
menolak takdirnya
Ujian kehidupan
Terkadang rebah
terhimpit bebanan
perjalanan berliku
[Prechorus]
cuba untuk bangkit semula
Tak semudah yang kita duga
jeritan tanpa suara yang meronta
ada lara sedang menimpa,
dunia gelap seisinya
Hulurkan simpati
Hulurkan hati…
[Chorus]
Di mana ada
tangan yang membantu
Di situ ada
harapan Untuk bersatu
Selagi ada
jiwa dan nyawaku
ihsan menyala
dan perjuangan milik kita
[Prechorus 2]
mana miskin sedang merana
dan si daif yang hilang punca
bukakan jalan mencari teduh dunia
ada lara sedang menimpa
dunia gelap seisinya
oh kemanusiaan
setulus insan